GEORGE TOWN: Pulau Pinang mencipta sejarah apabila mencapai sasaran penanaman satu juta pokok secara serentak di seluruh negeri sempena sambutan Hari Bumi 2024 pada Isnin.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Amal TYT Pulau Pinang, Datuk Seri Rozali Mohamud berkata, kemuncak acara itu disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak yang menanam pokok ke sejuta di pekarangan Seri Mutiara di sini.
"Rakyat negeri Pulau Pinang mencipta satu sejarah pada 11.30 pagi Isnin. Kita telah mecapai sasaran satu juta pokok dan bilangan pokok yang ke-sejuta ditanam oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.
"Saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan, sektor swasta, sekolah, institusi pengajian tinggi, komuniti dan seterusnya kepada individu menyumbang walaupun sepokok, kami amat menghargainya," katanya pada sidang media di sini pada Isnin.
Beliau juga berharap pokok limau kasturi yang diberikan kepada penduduk negeri itu dijaga dengan baik kerana ia boleh menghasilkan pendapatan lumayan.
"Kita mengikut bilangan pokok yang diberikan kepada penduduk... 222,000 pokok adalah limau kasturi, jadi sekiranya pokok limau kasturi ini dijaga dengan baik akan menghasilkan pendapatan tidak kurang daripada RM26 juta setahun.
"Ini adalah satu pendapatan baharu kepada penduduk negeri khususnya komuniti di kampung dan juga persatuan yang mengambil bahagian," katanya.
Rozali berharap program berkenaan menjadi titik perubahan kepada anjakan paradigma kerana ia telah membuktikan kebolehan rakyat Pulau Pinang untuk mewujudkan ikatan komuniti dan kehijauan alam.
"Tepi jalan dan kawasan perumahan, penduduk berasa terpegun kerana dengan sekelip mata ataupun beberapa hari sahaja, depan rumah mereka ada pokok-pokok menghijau... ini satu perubahan sangat berkesan bagi menghijaukan negara kita," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
Pulau Pinang mencipta sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi Penanaman Satu Juta Pokok Dalam Sehari Sempena Hari Bumi pada Isnin. - Foto BERNAMA
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Masalah teknikal di LRA Batu Feringghi, bekalan air beberapa kawasan terjejas
Loji Rawatan Air (LRA) Batu Feringghi mengalami masalah teknikal sehingga menyebabkan beberapa kawasan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air hari ini.
8 mengaku tidak bersalah urus kondo jadi pusat judi dalam talian
Seorang wanita dan tujuh lelaki termasuk seorang warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret 1, di sini pada Rabu atas pertuduhan menguruskan sebuah rumah sebagai pusat perjudian dalam talian.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
Lima kenderaan rosak ditimpa pokok tumbang
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan, hanya lima kenderaan rosak akibat ditimpa pokok berkenaan selain pagar bangunan itu turut rosak.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
Dhobi Ghat Pulau Pinang: Daerah dobi terakhir di Malaysia
Terletak di antara Jalan Air Hitam dan Jalan York, Dhobi Ghat di Pulau Pinang itu telah wujud sejak awal 1800-an.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
P. Pinang sedia jadi pemangkin rantaian nilai cip - Ketua Menteri
Pulau Pinang mampu menyumbang kepada pencapaian matlamat Malaysia seperti yang dibayangkan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Pulau Pinang: Pelancongan kapal persiaran catat pertumbuhan lebih kukuh
Bilangan tempat berlabuh kapal antarabangsa dan jumlah penumpang terus menunjukkan trend peningkatan.